Sunday, November 13, 2011

Warkah Buat Ct Mira

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”.

Ayg, Abg tujukan warkah yang tertulis ini buat ‘Ct Mira’ a.k.a ‘Ayg’ yang berada di samping keluarga yang tersayang. Abg harap ayg sihat selalu dan sentiasa berseri-seri dalam menjalani hidup di muka bumi Allah yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini. Abg harap kehadiran surat ini tidak menganggu masa Ayg.

Ayg, agak keterlaluan jika Abg tidak berasa gembira pada bulan ini, kerana bulan ini akan genaplah umur Ayg yang ke-23 tahun. “SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG” abg doakan semoga Ayg dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t. serta sentiasa tersenyum semasa membaca surat ini. Senantiasa kita ingat mengingati antara satu sama lain.

Ayg, setiap hari abg teringatkan Ayg, sungguh hebat rasanya Cinta dari illahi ini yang sentiasa memberi Abg ruang untuk Abg meneruskan kehidupan ini dengan kejujuran antara pemberian dan penerimaan. Bagi Abg, setiap kata-kata yang Abg curahkan pada Ayg bukan hanya mainan semata, namun ianya ikhlas dari jiwa dan hati ini yang tulus mencintaimu sepenuh hati.

Akhir kata, ingin Abg berpesan supaya Ayg selalu menjaga nama, diri dan kehormatan ketika bersama teman, saudara dan rakan-rakan Ayg. Dan semoga Ayg sentiasa di samping keluarga yang sering mengajar Ayg erti kehidupan dan ketakwaan walaupun pada zahirnya kita sering lalai dalam mengingatinya. Jika Abg menulis surat ini dalam bahasa yang agak tidak menyenangkan, ribuan kemaafan dari Abg buat Ayg. Wassalam.


Yang Benar,


..............................
Azizi Muhammad,